Saturday, June 9, 2007

Gotongroyong 2007 Bersihkan Padang Permainan Kanak Kanak


Keselamatan dan kebersihan satu perkara penting di pantau oleh semua penduduk taman. Penduduk perlu berusaha untuk menyampaikan masalah taman permainan kepada MBSA. Kita perlu meniupkan kesedaran untuk memikul tanggung jawab bersama-sama ini hingga ke pangkal telinga Jabatan Taman Dan Rekrasi MBSA. Pelbagai usaha telah di majukan ke PBT dan akhirnya MBSA bersetuju memulihkan taman permainan kanak kanak yang sekian lama terbiar.

Dengan demikian PPTSP dan semua penduduk bergotong royong membersihkan taman permainan kanak kanak serta dibantu oleh MBSA.

Hasil usaha sama ini, penduduk dapat mengenali antara satu sama lain. Jabatan Taman & Rekrasi berjanji akan menanam pokok pokok serta membaiki peralatan permainan yang rosak.

PPTSP akan cuba mendapatkan lampu lampu tinggi agar kawasan permainan ini nampak terang pada waktu malam. Ia juga membantu mengurangkan masalah remaja yang berkelakuan sopan pada waktu malam.